Friday, December 04, 2015

MISI MENCARI BOTOL

Hari : Selasa
Tarikh : 01 Disember 2015


Disebabkan pagi ini semua kelas di batal. Jadi saya dan kawan- kawan mengambil kesempatan untuk keluar memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh. Di samping itu juga kami keluar untuk mencari barang-barang yang akan di gunakan untuk projek titas kami iaitu “ necklace pepper spray”. Pada pukul 10 pagi kami telah keluar untuk melaksanakan  aktiviti tersebut. Oleh kerana projek ini hanyalah menggunakan barang- barang yang sedia ada, jadi  kami hanya perlu membeli hanya botolnya sahaja kerana hanya botal sahaja yang tidak kami miliki. Sebenarnya untuk mencari botol yang sesuai dan mengikut ciri yang di ingin kan agar sukar untuk ditemui. Tetapi Alhamdulillah akhirnya kami menjumpai botol yang di inginkan dan sesuai untuk projek kami di kedai Daiso. Botol tersebut berharga RM5.30. walaupun sebenarnya agak mahal tetapi terpaksa membelinya kerana di kedai-kedai yang lain agak sukar untuk menjumpai botol tersebut. Pada keesokkannya seorang sahabat saya, arina telah menyiapkan prototaip untuk projek kami itu. sama sama lah kita nantikan produk yang akan dihasilkan oleh kami. 
Sekian terima kasih.. 
            
                 




Prototaip

                         

                                                                                                                        Disediakan oleh : 
                                                                                                                          NorHanim


    

No comments:

Post a Comment