Tarikh : 3 Disember 2015
Tempat : bangunan biologi FST
Kami telah mengadakan perbincangan bagi membuat produk kami pada petang selepas kelas. Ahli kumpulan saya telah membawa barang-barang untuk membuat "necklace pepper spray". Antara barang tersebut adalah botol,air, serbuk lada hitam, serbuk cili, kain felt, gam uhu, rantai, benang, gunting, tali dan butang sebagai hiasan. Kemudian kami berbincang terlebih dahulu langkah demi langkah yang perlu dilakukan agar tidak tersilap.
Antara langkah-langkah bagi membuat "necklace pepper spray" adalah :
1) Menyediakan air bagi mengisi kedalam botol, jadi kami mengisi sedikit air dan mencampurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili bersama-sama.
2) Kemudian kami membuat sarung bagi meletak botol tersebut agar kelihatan lebih menarik. Kami menggunakan kain felt dan menjahitnya bersamaan dengan saiz botol tersebut.
3) Seterusnya, kami menggunakan rantai untuk menggantung botol tersebut.
4) Akhir sekali kami menghiasi dengan menggantung butang-butang bersama kain felt bagi kelihatan lebih menarik.
Peralatan untuk membuat rantai |
Serbuk lada hitam dan air |
Menjahit rantai |
Menghias botol dengan butang |
Taraaa .. Dah siap " Necklace Pepper Spray" |
Disediakan oleh,
Nor Amira
No comments:
Post a Comment