Friday, October 23, 2015

MEETING ke 4

Assalamualaikum

TARIKH  : 20 Okt 2015 (selasa)
TEMPAT : Dewan Budiman
Masa        : 5.15 - 5.45


Pada perjumpaan kali ini kami telah membincangkan bersama ahli kumpulan yang hadir mengenai idea yang telah dicadangkan oleh Arina mengenai "pepper spray" .Kami juga telah membincangkan perkara ini bersama pensyarah. Apa yang kami peroleh adalah bagaimana nak memperbaguskan produk tersebut kerana idea itu sudah ada. Puan pensyarah juga telah memberi nasihat dan juga komen yang boleh membantu kami menambahbaik idea tersebut untuk menghasilkan produk tersebut. Ahli kumpulan yang hadir telah menanyakan soalan-soalan yang bernas bagi memperbetulkan idea itu tadi. Antara perkara yang dapat kami simpulkan dari perjumpaan pada kali ini adalah bagaimana untuk menghasilkan produk yang memberi manfaat dan menarik di mata msyarakat untuk digunakan dalam kehidupan seharian.



Draf idea produk yang bakal di buat
Disediakan oleh,
HASNIDA

Thursday, October 15, 2015

MEETING KE 3


Assalamualaikum

TEMPAT : dalam kereta
MASA     : 3.30 petang
TARIKH  : 6/10/2015 (selasa)


Selepas berjumpa dengan puan, kami telah berjumpa dengan ahli kumpulan yang lain di dalam kereta iaitu mereka yang tidak dapat hadir ketika perjumpaan bersama puan. Perjumpaan kami diadakan di dalam kereta salah seorang ahli kumpulan kami iaitu nastasia.Kami menerangkan kepada semua yang tidak dapat hadir itu tentang apa yang telah dibincangkan bersama puan.





Disediakan oleh,
AMIRAH

Saturday, October 10, 2015

MEETING KE 2

HARI : KHAMIS 
TARIKH : 8 OKTOBER 2015
TEMPAT : BILIK SEMINAR 132 BANGUNAN BIOLOGI FST


Assalamualaikum

Kami telah membincangkan sekali lagi tentang idea yang kami ingin bentangkan pada pensyarah nanti. Kami mengemukakan segala idea-idea dan cadangan daripada semua ahli kami dan kami akan menyenaraipendekkan idea-idea kami sekaligus menetapkan idea yang paling bagus untuk dijadikan sebagai tugasan. Terdapat sebahagian ahli kumpulan kami tidak hadir lagi di tempat perjumpaan kami kerana kami mengadakannya sebelum kelas Oseanografi bermula di bangunan Biologi,FST. Amirah juga telah mencari beberapa idea di dalam Facebooknya untuk dijadikan panduan dan inspirasi untuk tugasan kami ini. 






Disediakan oleh,
EIRRA IZZATI

Thursday, October 08, 2015

MEETING PERTAMA BERSAMA AHLI KUMPULAN

Tarikh   :6 Okt 2015 (selasa)
Tempat :PTSL
Masa    :1-2 ptg





Kami mengadakan perjumpaan di Perpustakaan Tun Sri Lanang . Ahli kumpulan kami seramai 9 orang . Antaranya , Nastasia, Arina ,Eirra,Amirah,Amira,Hanim,Saly,Hasnida dan Ilyana. Walau bagai mana pun beberapa orang tidak dapat hadir kerana ada kelas. Kami telah membincangkan idea-idea untuk membuat pelbagai produk . Idea daripada saya sendiri tudung saji , pen khat pelbagai mata ,laptop beserta printer. Hasnida juga memberi idea iatu congkak . Amirah juga memberi cadangan untuk membuat penyakut baju . Setelah berbincang kami semua setuju dengan idea laptop beserta printer . Pada pukul 3 kami berjumpa dengan pensyarah untuk sesi konsultasi . Pensyarah berpendapat idea kami menarik tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat kerana bahan yang diperlukan sukar didapati dan kami tidak tahu untuk menghasilkannya . idea kami ini sekadar idea tetapi tidak boleh direalisasikan .

Idea-idea kami

Draf proposal






Disediakan oleh,
ARINA