Wednesday, December 09, 2015

Penghasilan Poster

HARI : SELASA
TARIKH : 8 DISEMBER 2015
TEMPAT : DEWAN BUDIMAN

POSTER


Alhamdulillah
Kami telah berjaya menyiapkan poster yang telah ditugaskan oleh Puan Fatin untuk dibentangkan pada hari pembentangan projek. Poster ini telah direka oleh sahabat kami iaitu Amirah. Poster ini mengambil masa selama 5 hari untuk disiapkan mengikut syarat dan keperluan yang telah diarahkan oleh pensyarah kami. 

      Pada awalnya, kami ingin mencetak poster ini dikedai membuat "banner", namun memandangkan kami telah kesuntukan masa, lalu kami membuat keputusan untuk mencetaknya di kedai KESKA,UKM. Kos untuk mencetak poster ini ialah RM25. Walaupun kosnya agak tinggi, namun kami terpaksa korbankan wang kami demi mendapatkan hasil kerja yang cantik dan kemas.

     Seperti yang diarahkan oleh Puan Siti, kami memasukkan segala maklumat yang diminta .Poster kami menjelaskan produk yang telah kami siapkan iaitu Spray Pemedih Mata. Spray ini dinamakan sebagai NECKLACE PAPPER SPRAY .Didalam poster ini,kami telah menjelaskan cara penghasilan spray ini iaitu bermula dari proses mencari botol spray yang sesuai, proses membancuh serbuk cili untuk dijadikan bahan pemedih mata dan akhir sekali proses mencantikkan botol spray supaya kelihatan seperti aksesori wanita. Produk ini diinspirasi daripada tamadun melayu. Akhir sekali, didalam poster ini, kami telah menyatakan manfaat produk kami iaitu dijadikan sebagai alat pemedih mata yang akan digunakan oleh kaum wanita khususnya ketika berada dalam keadaan yang tidak selamat dan juga dijadikan sebagai hiasan. 

sekian laporan untuk post kali ini. 
                                                                          disediakan oleh : Nastasia

Pembentangan Projek Akhir yang Mencuakkan. (Menangis)

Hari: Selasa
Tarikh: 8 Disember 2015
Tempat: Dewan Budiman
Disediakan oleh: Noor Fausaly Binti Ali ~Lelly

Pada hari sebelum pembentangan, kami telah sepakat memilih salah seorang wakil kumpulan kami untuk melakukan "pitching". Atas sebab tertentu, dia tidak dapat membentang dan saya menjadi pembentang saat-saat akhir. Bertambahlah kecuakkan saya.


Sebab terlalu gementar, saya tidak dapat ikut serta sesi fotografi dengan kawan-kawan saya.


Melihat pembentang daripada kumpulan lain yang "perform" sangat, saya menjadi semakin risau sekiranya saya mengecewakan ahli kumpulan saya.
Alhamdulillah dengan sokongan dan bantuan rakan-rakan ahli kumpulan, saya menjadi semakin tenang saat memegang microphone.
Penonton juga memberikan tumpuan yang penuh kepada pembentangan saya. 
Agak kesal juga apabila terdapat beberapa pengisian yang saya lupa untuk katakan. Namun, saya berbangga apabila semua soalan yang diajukan kepada kami, dapat dijawab dengan baik.

Bertambah yakin dan gembira apabila Puan Maznah memberikan pujian kepada hasil produk kami. The Necklace Pepper Spray yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan ekonomik dan gabungan  hasil kraftangan kami, telah dijadikan inspirasi untuk kegunaan wanita yang selalu menjadi mangsa utama jenayah masa kini. 

Bahan-bahan pembuatan The Necklace Pepper Spray:
-Kain Felt
-Benang dan jarum
-Butang
-Pengokot
-Lada hitam
-Serbuk Cili
-Air
-Rantai
-Gam Uhu

Antara kegunaan The Necklace Pepper Spray ialah:
-Menjadi bahan perlindungan wanita pada masa kecemasan seperti ragut
-Aksesori

Kelebihan The Necklace Pepper Spray:
-Ringan dan mudah dibawa
-Selain menjadi alat perlindungan, ia boleh digunapakai sebagai aksesori
-"Custom made" design
-Ekonomik



Jeng jeng!!!!!! Mempersembahkan The Necklace Pepper Spray!!


Ingin saya singkap semula ayat terakhir pembentangan saya
"Saya bukanlah pramugari Airasia mahupun MAS untuk berkata Lets Fly with Us, saya hanya mampu berkata Keselamatan anda Keutamaan Kami".

cc: Terima kasih buat ahli kumpulan saya yang sangat komited dan memberikan sokongan yang tanpa henti kepada saya. Saly sayang semua. <3

Sesi pembentangan. Terima kasih Nida dan Arina sebab teman saya.

Inilah The Necklace Pepper Spray kami!!!!! *akhirnya saya tersenyum selepas membentang.